Insurans adalah
pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah
organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat
anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima
bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami
sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan
kepada anda.
JENIS -JENIS
INSURANS
1. Insurans Hayat
Risiko yang
dilindungi insurans hayat adalah kematian (dalam tempoh polisi), pendapatan
semasa persaraan, sakit dan hilang upaya
2. Insurans Am
Risiko yang dilindungi insurans am adalah kerugian harta benda
seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat
kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda dan kematian akibat
daripada kemalangan atau kecederaan

Insurans Perubatan Dan Kesihatan
Insurans
Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan
perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan
pembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang
mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar
anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.
Anuiti Persaraan
Anuiti
adalah suatu kontrak di mana syarikat insurans bersetuju untuk menyediakan anda
dengan pendapatan yang berterusan untuk sepanjang hayat, sebagai balasan kepada
caruman premium yang dibayar sekali gus. Lazimnya seorang pesara memerlukan
lebih kurang 60% daripada gaji terakhir beliau untuk mengekalkan taraf hidupnya
pada masa persaraannya. Caruman dalamKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh
menjadi sumber pendapatan persaraan yang penting tetapi satu kajian berkenaan
KWSP menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum menghabiskan simpanan mereka dalam
masa tiga tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara. Anuiti persaraan
memastikan masa depan anda terjamin.
Insurans Perjalanan
Insurans
perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Walau bagaimanapun,
sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang
dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka
panjang untuk mereka yang sering melancong.
Insurans Empunya Rumah
Insurans
kediaman atau insurans empunya rumah/isi rumah merupakan salah satu polisi
insurans terpenting yang anda boleh membeli. Rumah anda merupakan salah satu
pelaburan terbesar anda jadi adalah penting untuk anda melindungi rumah anda.
Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh melindungi rumah anda:
I.
Polisi Kebakaran
Asas
II.
Polisi Empunya
Rumah
III.
Polisi Isi Rumah
Insurans Berkaitan Pelaburan
Pelan insurans berkaitan pelaburan ialah pelan insurans
hayat yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Premium yang
dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans hayat tetapi sebahagian
daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu
mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana
membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
Insurans Hayat
Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau
mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam
kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika
anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan
kekal yang menimpa anda.
Insurans
Kemalangan Diri
Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans
tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya
atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak
sengaja, luaran dan jelas kelihatan. Ianya merupakan polisi yang berbeza
daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan.
Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan
untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di
seluruh dunia. Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza di antara
syarikat insurans dan anda hendaklah memastikan bahawa anda membeli polisi yang
memenuhi keperluan anda. Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikan di
bawah polisi KD ialah:
- Mati akibat kemalangan
- Hilang upaya kekal
- Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa
- Belanja perubatan
- Pembedahan pembetulan
- Manfaat masuk hospital
- Belanja pengebumian
No comments:
Post a Comment